Bukan sahaja wanita yang ada masanya “stuck” nak fikir apa hadiah terbaik untuk “lelakinya”. Lelaki di sini mungkin boleh jadi suami, boy friend, fiancee atau mungkin juga ayah!. Tetapi masalah memilih hadiah terbaik untuk lelaki ini juga terjadi pada lelaki sendiri. Yup! Trust us! Sebabnya… kita tak berikan hadiah setiap hari kepada seseorang… Unless anda seperti kami. Kami deal setiap hari dengan “mereka bentuk hadiah & membuat kejutan” buat seseorang yang pelanggan kami sayangi.

Atas sebab ini kami ingin kongsikan pengalaman professional kami dalam bidang ini. Kami di Petals2u Florist akan senaraikan enam tips bagaimana nak buat pilihan terbaik untuk lelaki yang anda sayang dan hargai ini. Mari kita baca satu persatu tips ini.

Tips 1. Apa yang mereka perlukan sangat.

Anda mungkin sering mendengar mereka merungut tentang sesuatu keperluan. Itu adalah petanda mereka memerlukan “penyelesaiannya”. Apabila anda tampil selesaikannya, mereka akan “terkesan” dan amat gembira dengan bantuan anda. Contohnya, mereka sering merungut tentang dompet mereka yang terlalu kecil. Maka hadiahkan mereka dengan dompet yang lebih banyak compartmentnya dan paling penting sesuai designnya dengan citarasa mereka.

Tips 2. Apa yang menarik perhatian mereka.

Sebagai orang yang menghargai mereka, anda pasti sering menemani mereka sama ada berjalan – jalan di taman bunga, menonton wayang atau mungkin “window shopping” di pusat membeli belah. Anda pernah lihat mereka berhenti dan memerhatikan sesuatu di mana – mana kedai semasa “window shopping”? Yup… Itulah yang mereka hajatkan. Cuba bawa mereka kunjungi semula kedai tersebut dan perhatikan betul – betul apa yang mereka lihat. Itulah “hadiah terbaik” untuk mereka.

Tips 3. Melengkapkan koleksi minat mereka.

Tips ini sesuai jika anda adalah ahli keluarga “lelaki” tersebut atau mungkin isteri yang sangat rapat dengan hubby nya. Anda lihat apa yang sering mereka suka kumpulkan. Sebagai contoh, jika “lelaki anda” seorang yang sangat minat memancing. Perhatikan model “fishing drum” yang mereka telah milikki. Bandingkan dengan koleksi “fishing drum” yang mungkin anda boleh survey di kedai online seperti Lazada, Shoppe atau Mudah.my. Lengkapkan koleksi mereka… pasti inilah perkara yang samngat menggembirakan mereka!

Tips 4. Hadiahkan penyelesaian “daily problem”

Apakah masalah setiap hari yang mereka hadapi? Anda mungkin lebih arif tentang perkara ini. Kami berikan contoh, “lelaki anda” sering terlupa charging telefon bimbit mereka. Tiba masanya anda ingin menghubungi mereka, mereka sering kehabisan bateri. Apa kata anda hadiahkan mereka dengan “phone car charger”. Setiap kali mereka hendak charge phone, mereka akan bersyukur kerana anda yang hadiahkan kepada mereka. Ini contoh ya! Anda boleh fikirkan apa lagi “daily problem” mereka.

Tips 5. Membantu yang lain “dua dalam satu”

Ini terutamanya jika lelaki anda bergelar suami atau ayah. Terutama jika sikap mereka sebagai ketua keluarga yang mengutamakan ahli keluarga dari segala aspek sangat terserlah. Mereka terlihat sering “mengorbankan” keinginan mereka demi keluarga yang tersayang. Hadiah yang mungkin memberi manfaat juga kepada yang lain adalah hadiah terbaik untuk mereka. Contohnya, katakan mereka baru sahaja berpindah ke rumah baru. Mungkin menghadiahkan mereka dengan set meja taman untuk diletakkan di ruang beranda rumah adalah hadiah yang sangat mereka hargai. Selain untuk mereka sendiri, ia dapat juga dinikmati oleh ahli keluarga yang lain!

Tips 6. Tinggalkan “kesan” kenangan manis

Tips ini agak penting untuk disatukan dalam semua tips di atas. Tips nya adalah mencipta kelainan. Jika sebelum ini anda hanya pernah menghadiahkan mereka dengan hadiah semata – mata, mungkin kali ini anda boleh membuat kelainan. Kelainan yang akan memberi kenangan manis kepada mereka. Caranya, selitkan hadiah anda bersama bunga segar dan sedikit hiasan coklat untuk mereka nikmati. Lelaki memang tidak mengharapkkan sesuatu yang seperti ini, tetapi percayalah… mereka sangat sukakannya. Tiada idea untuk mereka bentuk bungaan hiasan? Mungkin anda boleh lihat koleksi “super menarik” daripada Petals2u Florist. Klik di sini >> Koleksi Hadiah Gubahan Bunga Menarik <<