Graduasi adalah salah satu daripada peristiwa penting dalam kehidupan sesiapa sahaja yang pernah bergelar “pelajar”. Bukan hanya untuk pelajar di institusi tinggi ya. Pada hari ini ibu bapa yang mempunyai anak – anak yang bersekolah di tadika juga sering meraikan¬† anak – anak mereka bersama guru – guru dengan majlis graduasi

Bagi memastikan hari bersejarah ini dirakam untuk kenang – kenangan, ada yang menempah khas photographer. Sanggup berbelanja tinggi untuk saat manis ini dengan banyak pengorbanan. “Aksesori” penting dalam sesi fotografi yang penting ini semestinya adalah penghias suasana iaitu “Graduation Bouquet”. Jadi, apakah tips memilih Graduation Bouquet yang bagus? Petals2u Florist kongsikan kepada anda :

Tips 1. Saiz bunga dan hiasan

Perkara ini hendaklah ditentukan berdasarkan saiz badan “mereka yang diraikan”. Pastikan anda memilih saiz Graduation Bouquet yang tidak akan menutupi lebih daripada 1/4 tubuh mereka. Jika yang diraikan adalah kanak – kanak tadika, anda perlu memilih graduation bouquet yang lebih kecil berbanding untuk pelajar universiti. Bagaimanapun, pelajar universiti yang besaiz kecil molek juga haruslah dihadiahkan dengan graduation bouquet yang turut sesuai dengan saiz badan mereka.

Tips 2. Jenis bunga dan warnanya.

Kebiasaannya pemilihan bunga adalah berdasarkan kepada saiz bunga, warna bunga dan jumlah bilangannya. Pilihlah bunga yang bersesuaian dengan warna tema pemakaian si penerima. Sebaiknya pilih warna yang agak kontra supaya kelihatan lebih jelas di dalam gambar. Untuk saiz dan bilangan bunga pula, pilihlah saiz yang bersesuaian dengan penerima manakala bilangan bunga pula sila pilih dalam bilangan nombor ganjil sama ada enam atau sembilan. Kenapa? Kerana ia adalah bilangan kejayaan dan kecemerlangan.

Tips 3. Hiasan yang tidak terlalu ketara.

Apabila dinamakan sebagai “graduation bouquet” ia sangat menunjukkan “profesionalisma” Maka hiasan patung – patung yang terlalu besar atau hiasan lain yang sangat menonjol menafikan karekteristik “aduation bouquet” itu sendiri. Memadai dengan satu atau maksima tiga jenis hiasan sahaja yang menghiasinya. Jika anda masih ragu – ragu dengan pilihan terbaik, anda boleh lawati kedai onlin kami dengan klik di sini >> Koleksi Hadiah Gubahan Bunga Menarik <<